awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas serangan Iran di Haifa
Imigresen Kedah tahan 21 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Petani
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

130 peserta buru gelaran Mr Malaysia 2019

Bernama
Bernama
16/08/2019
09:22 MYT
130 peserta buru gelaran Mr Malaysia 2019
Sebahagian daripada peserta yang bertanding dalam Kejohanan Bina Badan Kebangsaan ke-50 di Kota Kinabalu. - Facebook/Tegap TV/Sabah Bodybuilding Association
Seramai 130 atlet berentap bagi merebut gelaran Mr Malaysia 2019 pada Kejohanan Bina Badan Kebangsaan ke-50 yang bermula di sini semalam.
Setiausaha penganjur kejohanan, Joseph Sylbester, berkata, 16 kategori dipertandingkan termasuk kategori remaja 70 kilogram (kg), Masters, Wanita, Light Flyweight 55kg, Flyweight 60kg dan kategori Bantamweight 65kg dalam kejohanan itu.
"Ini adalah kali ketiga Sabah menjadi tuan rumah kejohanan selepas penganjuran pada 2007 dan 2012. Hari ini kita masih di peringkat pemilihan untuk lima peserta setiap kategori yang bertanding dalam saingan akhir esok," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Joseph, yang juga jurulatih pasukan Sabah, berkata seramai 18 atlet dari Sabah menyertai kejohanan berkenaan.
"Kita sasarkan pasukan Sabah sekurang-kurangnya mendapat tiga emas dan tiga pingat perak. Kita meletakkan harapan kepada beberapa atlet untuk mendapatkan pingat," katanya.
Beliau berkata antara atlet yang menjadi sandaran emas pasukan Sabah ialah Grace Voo dalam kategori remaja 70kg dan ke atas, Christie M.L Cletus (Middleweight 85kg) dan Suhaili Toipin yang bertanding dalam kategori Welterweight 75kg.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#atlet
#bina badan
#Kejohanan Bina Badan Kebangsaan ke-50
#mr malaysia 2019
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan