awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

475 atlet negara ke sukan SEA lepas ujian doping: Adamas

Bernama
Bernama
22/05/2015
12:44 MYT
475 atlet negara ke sukan SEA lepas ujian doping: Adamas
Agensi AntiDoping Malaysia memaklumkan ujian doping terhadap 475 atlet Malaysia ke Sukan SEA Singapura bulan depan didapati negatif.
Ujian doping terhadap 475 atlet Malaysia ke Sukan SEA Singapura bulan depan didapati negatif, menurut Agensi AntiDoping Malaysia (Adamas) pada Jumaat.
Bagaimanapun, ketua unitnya Nishel Kumar berkata, masih terdapat atlet yang menggunakan makanan tambahan (supplemen) yang tidak disyorkan dan telah diarah supaya berhenti mengambilnya.
Beliau turut menafikan laporan sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu hari ini bahawa tiga atlet negara berkemungkinan tidak dibenar beraksi pada temasya sukan dwitahunan itu seandainya didapati positif ujian doping.
"Maklumat mengenai tiga atlet akan disingkirkan adalah tidak betul," katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut laporan akhbar itu, sampel air kencing tiga atlet itu sudah dihantar ke sebuah makmal di India dan keputusan akan diketahui dalam tempoh beberapa hari lagi.
Sukan SEA Singapura akan bermula dari 5 hingga 16 Jun ini.
Nishel menegaskan Adamas akan menyekat penyertaan mana-mana atlet yang didapati positif menggunakan bahan terlarang tanpa mengira status atlet berkenaan.
Topic Berkaitan
#Andamas
#doping
#Sukan SEA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan