awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaliyah Yoong raih tempat kelapan keseluruhan di Kejohanan Terbuka Dunia di Florida

Bernama
Bernama
16/10/2023
14:58 MYT
Aaliyah Yoong raih tempat kelapan keseluruhan di Kejohanan Terbuka Dunia di Florida
Kedudukan tersebut membolehkan Aaliyah mendapat tempat dalam final 12 peluncur, sekali gus menempatkan diri dalam kedudukan 10 terbaik di tempat kesembilan. - Foto FB Aaliyah Yoong Hanifah
KUALA LUMPUR: Atlet ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah memperagakan aksi memberangsangkan untuk menduduki tangga kelapan keseluruhan dalam kategori terbuka wanita di Kejohanan Terbuka Ski Air Dunia IWWF di Lake County, Florida, Amerika Syarikat, semalam.
Peluncur berusia 20 tahun itu layak ke final pertama di kejohanan dunia dengan mencatatkan lompatan sejauh 46.0 meter (m) bagi acara 'jump', hanya sedikit di bawah catatan peribadi terbaik 47.2m, untuk menduduki tangga kelapan keseluruhan.
Kedudukan tersebut membolehkan Aaliyah mendapat tempat dalam final 12 peluncur, sekali gus menempatkan diri dalam kedudukan 10 terbaik di tempat kesembilan.
Ratu ski air negara itu kemudian menamatkan saingan di tempat ke-12 selepas mengumpul 7,130 mata di pusingan awal tetapi catatan itu adalah kali pertama selepas merekodkan lebih 7,000 mata dalam tempoh lebih setahun tetapi malangnya terlepas pusingan final dengan tempat ke-13.
"Secara realistik, peluang untuk menembusi kelompok tiga terbaik dunia dalam kategori terbuka wanita hanya disasarkan pada 2027, tahun Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA.
"Saya harap untuk menampilkan prestasi yang baik di Kejohanan Dunia 2027, empat tahun dari sekarang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jurulatihnya dari Chile, Larry Gisler, berkata pencapaian tersebut telah meningkatkan reputasinya sebagai seorang peluncur tiga acara yang banyak meningkatkan dan sudah pasti akan menjadi pencabar kedudukan podium pada kejohanan dunia pada 2025.
Kita semua melihat bagaimana prestasinya dalam acara 'jump' tidak menjadi pada kejohanan dunia edisi 2019 tetapi meraih tempat ketiga di podium pada kejohanan dunia bawah 21 tahun pada Jun lalu.
""Memasuki tiga terbaik dalam kategori terbuka dunia pada tahun 2025 memang mencabar tetapi apa sahaja boleh berlaku. Dua tahun adalah masa yang panjang dalam ski air," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaliyah Yoong Hanifah
#tempat kelapan
#atlet ski air negara
#Kejohanan Terbuka Dunia
#Florida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan