awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aaron-Wooi Yik sahkan slot suku akhir Terbuka Singapura 2023

Bernama
Bernama
08/06/2023
09:13 MYT
Aaron-Wooi Yik sahkan slot suku akhir Terbuka Singapura 2023
Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah menempah slot ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 selepas menewaskan wakil Indonesia, hari ini. -Facebook Badminton Association of Malaysia
KUALA LUMPUR: Beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak berdepan masalah menempah slot ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023 selepas menewaskan wakil Indonesia, hari ini.
Pada perlawanan pusingan kedua berlangsung di Stadium Tertutup Singapura itu, Aaron-Wooi Yik, juga pilihan ketiga kejohanan, mengambil masa 38 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-18, 21-17 ke atas Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana.
Menanti gandingan negara itu di suku akhir membabitkan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin yang turut mara selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang, 21-14 dan 21-17.
Sementara itu, perjalanan satu lagi beregu lelaki negara,Man Wei Chong-Tee Kai Wun, tersekat selepas tewas kepada wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang, dalam pertembungan tiga set.
Gandingan negara itu terlebih dahulu tewas set pertama 18-21 sebelum bangkit di set kedua 21-18, namun dinafikan kemaraan selepas tewas 13-21 di set penentuan.
Dalam pada itu, turut gagal mara ke suku akhir membabitkan perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, yang tewas di tangan pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn juga pilihan ketujuh kejohanan, 18-21, 24-22 dan 13-21 dalam perlawanan 66 minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Terbuka Singapura
#suku akhir kejohanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan