awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Petinju Kenya maut selepas perlawanan tidak dihentikan awal
Gelombang haba: Kota Setar tahap dua, 14 daerah lain tahap berjaga-jaga
Krisis tenaga global: Malaysia tentukan dasar sendiri, jalin hubungan baik - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ACLE: JDT rebah di Melbourne

Sinar Harian
Sinar Harian
25/11/2025
22:40 MYT
ACLE: JDT rebah di Melbourne
Kesebelasan JDT. - Foto Johor Southern Tigers
HASRAT Johor Darul Ta'zim (JDT) membawa pulang tiga mata berharga tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada Melbourne City FC pada aksi Liga Juara-Juara AFC (ACLE) di Stadium Rectangular Melbourne pada petang Selasa.
Skuad Harimau Selatan itu dikejutkan seawal minit ketiga oleh jaringan pemain berusia 20 tahun, Max Caputo.
Tersentak dengan gol berkenaan, kesebelasan pelawat mula bangkit menyusun asakan dalam usaha memburu jaringan penyamaan.
Bagaimanapun, asakan-asakan berkenaan gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang pertahanan skuad City Blues itu untuk kedudukan kekal menuju bilik persalinan.
Babak kedua menyaksikan JDT mula menggandakan asakan dalam usaha memburu jaringan.
Namun, skuad kendalian Xisco Munoz itu dilihat masih gagal menembusi benteng pertahanan tuan rumah.
Ketika perlawanan seakan berakhir dengan kelebihan satu jaringan memihak tuan rumah, pemain gantian berusia 18 tahun kelahiran Albania, Medin Memeti menjaringkan gol kedua yang memuktamadkan kemenangan skuad City Blues itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Melbourne
#JDT
#Melbourne City FC
#Liga Juara-Juara AFC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan