awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
China terbit kertas dasar keselamatan negara Hong Kong selepas hukuman penjara Jimmy Lai
[TERKINI] Tan Sri Isa Samad ke penjara serta-merta, mahkamah batalkan pembebasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AFCON: Keputusan Salah tinggalkan Mesir dikecam

Sinar Harian
Sinar Harian
23/01/2024
04:29 MYT
AFCON: Keputusan Salah tinggalkan Mesir dikecam
Persatuan Bola Sepak Mesir mengumumkan Salah akan kembali ke England selepas cedera dan meneruskan rawatan di kelabnya.- Gambar fail/AP
KEPUTUSAN Mohamed Salah meninggalkan kem Mesir dan kembali ke Liverpool untuk rawatan kecederaan hamstring dikecam oleh legenda pasukan itu, Ahmed Hassan.
Hassan yang merupakan pemain Mesir paling banyak beraksi dengan pasukan itu sebanyak 184 penampilan, berang dengan tindakan Salah meninggalkan pasukan di Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas perlawanan terakhir kumpulan pada Selasa untuk meneruskan rawatan bersama Liverpool.
“Saya sentiasa menyokong Salah dan gembira dengan kehadirannya sebagai kapten pasukan kebangsaan Mesir.
“Saya tidak mempunyai masalah dengan apa yang dia katakan, tetapi ternyata dia merancang untuk keluar dari kem Mesir.
“Adakah peraturan AFCON membenarkan pemain meninggalkan kem pasukan kebangsaan dan kembali semula? Dia boleh membawa masuk seseorang daripada kakitangan perubatan Liverpool untuk bersamanya semasa pertandingan.
"Sekali lagi, dia adalah kapten. Dia harus kekal bersama pasukan walau dalam keadaan apa sekali pun, walaupun dia hanya ada satu kaki untuk berdiri," kata Hassan, yang membantu Mesir memenangi empat AFCON antara 1998 dan 2010.
Persatuan Bola Sepak Mesir mengumumkan Salah akan kembali ke England selepas cedera dan meneruskan rawatan di kelabnya.
Pada awalnya, dia dijangka akan kembali beraksi selepas dua perlawanan, bermain di separuh akhir AFCON sekiranya Mesir mara ke peringkat itu.
Mesir berjaya mara ke pusingan 16 pasukan terbaik selepas terikat 2-2 dengan Cape Verde, namun kecederaan Salah berkemungkinan akan memakan masa yang lama untuk sembuh dan tidak dapat beraksi lagi bersama Mesir di AFCON.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamed Salah
#Liverpool
#Mesir
#Ahmad Hassan
#AFCON
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan