awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Faizal ucap takziah kepada Azizulhasni atas pemergian bapa tercinta

Bernama
Bernama
31/01/2022
04:37 MYT
Ahmad Faizal ucap takziah kepada Azizulhasni atas pemergian bapa tercinta
Ahmad Faizaljuga mendoakan agar Azizulhasni sekeluarga tabah menghadapi dugaan daripada yang Maha Esa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan salam takziah kepada jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang susulan pemergian bapanya, Awang Embong, awal pagi tadi.
Ahmad Faizal dalam satu ciapan di laman Twitter juga mendoakan agar Azizulhasni sekeluarga tabah menghadapi dugaan daripada yang Maha Esa.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama dengan roh orang yang beriman dan beramal soleh," katanya dalam hantaran berkenaan hari ini.
Allahyarham Awang, 72, meninggal dunia akibat strok di kediamannya di Dungun, Terengganu, pukul 2 pagi tadi.
Abang ipar Azizulhasni, Mohd Razman Mohamad, 37, berkata Allahyarham baru-baru ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Terengganu untuk menerima rawatan selama empat hari namun dibenarkan pulang petang, semalam (30 Jan) sebelum meninggal dunia.
BACA: Bapa Azizulhasni meninggal dunia pagi tadi akibat strok
Mohd Razman berkata solat jenazah buat Allahyarham Awang akan dilakukan selepas solat Zuhur di Surau Ustaz Omar Shukri sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, Dungun, hari ini.
Sementara itu, Azizulhasni di laman Facebook mendoakan agar arwah bapanya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
"Ya Allah! Ampunilah almarhum (Awang Embong), berilah dia rahmat-Mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#Ahmad Faizal Azumu
#bapa meninggal dunia
#Awang Embong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan