awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara

Bernama
Bernama
21/05/2024
22:30 MYT
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan dan mendoakan kemenangan pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini. - Gambar Facebook Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan dan mendoakan kemenangan pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Beliau berkata, pasangan acara double Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin serta trio Farhan Adam, Mohammad Syahir Mohd Rosdi serta Mohamad Azlan Alias mempamerkan aksi sengit pada aksi separuh akhir malam tadi.
Ahmad Zahid berkata, beliau sempat meluangkan masa menonton dan memberikan sokongan kepada pasukan negara dalam acara yang berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini.
"Sengit dan penuh debaran! Tahniah Noraizat Nordin, Aidil Aiman dan seluruh pasukan Malaysia atas kemenangan yang amat berharga buat Malaysia. Pasukan regu negara juga layak ke final! Syabas Farhan, Syahir dan Azlan.
"Doa rakyat Malaysia mengiringi kejayaan pasukan sepak takraw negara. Mudah-mudahan juara, Insya-Allah!" katanya di Facebook pada Selasa.
Ahmad Zahid turut mengajak orang ramai hadir ke Stadium Titiwangsa bagi memberi sokongan kepada pasukan negara.
Terdahulu, Aidil Aiman dan Muhammad Noraizat mara ke final selepas menundukkan Myanmar 2-0 dalam aksi separuh akhir acara double manakala pada aksi separuh akhir regu, trio negara juga mengatasi Myanmar 2-0. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Timbalan Perdana Menteri
#Ahmad Zahid Hamidi
#perlawanan akhir
#Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan