awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air mata Bibi Ramjani sentuh hati penyokong bola sepak

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/10/2017
06:40 MYT
Air mata Bibi Ramjani sentuh hati penyokong bola sepak
Bibi dirakam mengalirkan air mata ketika pemain import Alessandro Celin menjaringkan gol kedua Kelantan, pada minit ke 80 permainan.
IBARAT sudah nyawa-nyawa ikan, namun magis tiga gol jaringan pemain import menyelamatkan pasukan Kelantan dari jatuh ke Liga Perdana musim hadapan.
Namun, bukan itu yang hangat diperkatakan penyokong dan pemerhati bola sepak tanah air. Sebaliknya, air mata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani, menjadi perhatian.
Bibi dirakam mengalirkan air mata ketika pemain import Alessandro Celin menjaringkan gol kedua Kelantan, pada minit ke 80 permainan.
Ia mengundang sebak kerana dalam kalangan peminat bola sepak tanah air, mereka pastinya maklum tentang krisis yang melanda pasukan yang pernah digelar gergasi Pantai Timur itu.
Di laman sosial, ramai yang berkongsi gambar dan video rakaman itu, dengan kapsyen yang cukup beremosi.
Tersentuh hati aku tgk Bibi Ramjani menangis. Dia menangis kerna cinta akan Kelantan.
— adib azid (@adibazid) October 28, 2017
Presiden baru KAFA, Bibi Ramjani nyata tidak mampu menahan kegembiraan membuatkan matanya berkaca menyaksikan gol... https://t.co/oET1gGjqjY
— The Sukan (@TheSukann) October 28, 2017
Bibi Ramjani nitik air mato boh
— Qal's (@mrhaiqalroslan) October 28, 2017
Penyokong Kelantan khususnya, berharap pengorbanan Bibi dihargai pemain dan bermain bermati-matian demi maruah pasukan itu.
Mereka juga tidak ketinggalan mengirimkan ucapan terima kasih kepada Bibi kerana sanggup tampil menyelamatkan pasukan Kelantan di saat semua pihak sudah tidak lagi menaruh harapan dan keyakinan kepada pasukan tersebut.
Dalam perlawanan semalam, Kelantan menang 3-1 ke atas Melaka United, yang mengesahkan mereka kekal dalam Liga Super musim hadapan.
Topic Berkaitan
#bibi ramjani
#bola sepak
#KAFA
#Kelantan
#presiden
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan