awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akmal: Ketepikan soal peribadi, Nazmi

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2013
11:29 MYT
Akmal: Ketepikan soal peribadi, Nazmi
Ketepikan soal peribadi jika mahu berjaya sebagai pemain profesional.
Itulah saranan bekas pemain kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli kepada bakat muda negara Nazmi Faiz Mansor.
Nazmi dikatakan kembali ke Malaysia dari kelab Portugal SC Biera-Mar selama “enam bulan”. Meskipun dijangka menyertai PKNS Selangor dalam saingan Liga Super, Akmal berasa pemain kelahiran Kuala Lumpur itu tetap perlu terus mencuba beraksi sebagai pemain profesional di luar Liga-M.
Akmal juga menyarankan Nazmi menyertai semula skuad Harimau Muda A kendalian Ong Kim Swee.
“Apa yang berlaku mungkin boleh merugikan Nazmi sendiri, mungkin beliau takkan berpeluang lagi untuk ke Eropah. tapi jika dilepaskan begini,” kata Akmal.
“Mungkin lebih elok dia (Nazmi) kembali ke skuad Kim Swee kerana mereka menjalani persiapan cukup bagus untuk skuad kebangsaan.”
Saranan Akmal adalah berlandaskan pengalamannya beraksi bersama kelab Ligue One, Strasbourg dan juga kelab Divisyen Tiga Perancis, Hargenau dari 1999 hingga 2001.
Tindakan SC Beira-Mar melepaskan Nazmi pulang jelas memberi gambaran dia meminta pelepasan untuk kembali ke tanah air.
Kini hanya Nazmi dapat tentukan kaedah terbaik untuk memastikan potensi yang dimilikinya tidak berkubur begitu saja.
Topic Berkaitan
#Akmal Rizal Rakhli
#Nazmi Faiz Mansor
#PKNS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan