awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
Malam Legasi Adibah Amin: Minda tajam, kosa kata kekal dalam ingatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Alami masalah jantung, Triple H umum bersara sepenuhnya dari gusti

Astro Awani
Astro Awani
26/03/2022
01:00 MYT
Alami masalah jantung, Triple H umum bersara sepenuhnya dari gusti
Triple H mengumumkan persaraannya daripada menyertai sebarang pertandingan gusti susulan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. - Foto Facebook/Paul Triple H Levesque
LEGENDA WWE Triple H mengumumkan persaraannya daripada menyertai sebarang pertandingan gusti susulan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
WWE dalam kenyataan memaklumkan, Triple H, atau nama sebenarnya Paul Levesque menghadapi masalah jantung dan telah pun menjalani pembedahan pada September tahun lalu.
Menurut WWE, Levesque, 52 tahun, membuat pengumuman tersebut menerusi temu bual bersama ESPN pada Jumaat.
Beliau juga membuat pendedahan telah dipasang alat ‘difribilator’ di bahagian dada berhampiran jantungnya.
Penggusti yang turut dikenali sebagai ‘The Game’ itu pernah meraih kejuaraan dunia sebanyak 14 kali.
Dilahirkan serta dibesarkan di New England, Amerika Syarikat, Levesque memulakan kariernya sekitar awal 1990-an di bawah nama ‘Terra Ryzing’.
Beliau kemudiannya menyertai WCW pada 1994 menggunakan nama gelanggang Jean-Paul Levesque sebelum dijenamakan semula di WWF (kini dikenali sebagai WWE) sebagai Hunter Hearst Helmsley dan seterusnya Triple H.
Levesque juga terkenal dengan pasukannya, D-Generation X dan sering berganding dalam aksi ‘tag team’ bersama Shawn Michaels.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Stephanie McMahon, anak kepada Pengerusi dan CEO WWE, Vince McMahon.
Selain bergiat dalam gusti, Levesque juga merupakan Naib Presiden Eksekutif (Bakat Global) di WWE.
Topic Berkaitan
#Triple H
#WWE
#masalah jantung
#umum persaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan