awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
Malaysia perbaiki kedudukan ke-54 dalam Indeks Persepsi Rasuah 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Annuar sedia kembali terajui Kafa

Bernama
Bernama
27/08/2017
08:47 MYT
Annuar sedia kembali terajui Kafa
Kesudian Annuar untuk kembali mengisi jawatan itu kerana tidak mahu melihat pasukan Kelantan terus hancur begitu sahaja. - Astro AWANI/Shahir Omar
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa sedia kembali untuk menerajui persatuan itu sekiranya tiada mana-mana individu tampil menawarkan diri.
Annuar berkata kesudiannya untuk kembali mengisi jawatan itu kerana tidak mahu melihat pasukan Kelantan terus hancur begitu sahaja.
Bagaimanapun beliau sedia mengundur diri dan membuka peluang kepada mana-mana individu jika ada pencalonan dibuat sebelum tarikh tutupnya pada 10 Sept depan.
"Jika tiada calon saya sedia duduk bersama Exco Kafa berbincang berkaitan masalah tersebut (isi jawatan presiden), namun saya harap perkara itu tidak berlaku kerana saya mahu membuka peluang kepada individu yang berkemampuan membina kembali pasukan Kelantan.
"Saya juga bersedia memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang mahu menggalas jawatan berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Sabtu.
Beliau turut menasihatkan mana-mana Exco Kafa yang tidak menyumbang kepada persatuan itu supaya meletakkan jawatan yang disandang mereka dan memberi peluang kepada individu lain untuk berbakti.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#KAFA
#presiden
#Tan Sri Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan