awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selepas serangan Iran di Haifa
Imigresen Kedah tahan 21 warga asing dalam operasi penguatkuasaan di Sungai Petani
Pesara rugi lebih RM160,000 ditipu 'phone scam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arif Aiman cipta sejarah, tercalon Pemain Terbaik AFC

Bernama
Bernama
25/09/2025
14:21 MYT
Arif Aiman cipta sejarah, tercalon Pemain Terbaik AFC
Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini menjadi watak penting dalam kempen kemenangan treble JDT dengan membantu pasukan itu menjulang Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia. - Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi antara tiga calon utama bagi Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sekali gus menjadi pemain bola sepak Malaysia pertama dicalonkan bagi anugerah itu.
AFC dalam kenyataan memaklumkan pemain sayap kebangsaan itu bersaing hebat dengan dua nama besar di benua ini iaitu pemenang Kasut Emas pada kempen Piala Asia 2023, Akram Afif dari Qatar dan penyerang Al-Hilal, Salem Al-Dawsari dari Arab Saudi.
Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini menjadi watak penting dalam kempen kemenangan treble JDT dengan membantu pasukan itu menjulang Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Lima gol dihasilkan Arif Aiman pada saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) turut membantu JDT mara ke pusingan 16 terbaik kejohanan itu.
Pemenang dijangka diumumkan pada Anugerah Tahunan AFC 2025 yang akan diadakan di Riyadh, Arab Saudi pada 16 Okt ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemain JDT
#Arif Aiman Mohd Hanapi
#calon pemain terbaik
#afc
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan