awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
Konflik Asia Barat: Iran kemuka cadangan akhiri perang, tolak gencatan senjata sementara - IRNA
Kerajaan gabungan baharu Thailand angkat sumpah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arsenal 'seronok' beri tiga mata kepada Man City

Astro Arena
Astro Arena
28/08/2021
21:22 MYT
Arsenal 'seronok' beri tiga mata kepada Man City
Reaksi Rodrigo (kanan) selepas menjaringkan gol keempat pasukannya ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Arsenal di Stadium Etihad, Manchester, England, 28 Ogos, 2021. (Foto AP)
MAN CITY 5 ARSENAL 0
Manchester City menambah garam di luka bekas pembantu jurulatih, Mikel Arteta, dan pasukan kendaliannya dengan membelasah 10 pemain Arsenal menerusi kemenangan 5-0 dalam pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, malam tadi.
The Gunners ketinggalan dua gol dalam tempoh 12 minit permainan menerusi tandukan Ilkay Gundogan dan rembatan Ferran Torres.
Kedudukan pelawat makin pincang apabila terjahan melulu pemain tengah, Granit Xhaka, mengundang kad merah pada minit ke-35.
Jaringan Gabriel Jesus dan Rodri dalam setiap babak meletakkan City semakin selesa sebelum ledakan kedua Torres melengkapkan kemenangan bergaya di penghujung permainan.
Arsenal kini tumpas dan kemarau gol dalam ketiga-tiga perlawanan pembukaan untuk kekal di zon penyingkiran, sementara City memadam kekalahan perlawanan pertama mereka kepada Tottenham dengan kemenangan berturut-turut tanpa dibolosi.
Topic Berkaitan
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester City
#Arsenal
#Mikel Arteta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan