awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia tolak tawaran bida penganjuran bola sepak Piala Dunia FIFA 2034

Bernama
Bernama
31/10/2023
09:37 MYT
Australia tolak tawaran bida penganjuran bola sepak Piala Dunia FIFA 2034
"Setelah mengambil kira semua faktor, kami membuat keputusan untuk tidak membida menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034," menurut kenyataan Football Australia.- Gambar fail
LONDON: Australia menolak tawaran untuk membida menjadi tuan rumah kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2034, menjadikan Arab Saudi sebagai negara tunggal menyatakan minatnya untuk menganjurkan kejohanan itu, lapor PA Media/dpa.
"Setelah mengambil kira semua faktor, kami membuat keputusan untuk tidak membida menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034," menurut kenyataan Football Australia.
Bagaimanapun, Football Australia merancang menganjur Bola Sepak Wanita Piala Asia Wanita pada 2026, diikuti kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA 2029.
Penganjuran Piala Dunia Wanita 2023 dan Sukan Olimpik 2032 di Brisbane akan melengkapkan "dekad keemasan bola sepak Australia".
Arab Saudi menyatakan minat menjadi tuan rumah beberapa jam selepas FIFA mengumumkan proses untuk 2034 dengan kejohanan itu ditetapkan berlangsung di konfederasi Asia atau Oceania.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia
#FIFA
#Australia
#Arab Saudi
#tuan rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan