awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis Selat Hormuz jejas 20 peratus bekalan, pacu kenaikan harga minyak global – Amir Hamzah
Konflik Asia Barat: Israel beri amaran sasar ambulans di Lubnan, dakwa disalah guna
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga 7 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awasi Andik Vermansah dalam perlawanan persahabatan dengan Indonesia

Astro Arena
Astro Arena
05/09/2016
10:51 MYT
Awasi Andik Vermansah dalam perlawanan persahabatan dengan Indonesia
Pemain import Selangor, Andik Vermansah, bakal berikan tentangan dalam skuad tanah airnya sendiri. - Foto Instagram Adik Vermansah
"JANGAN beri Andik ruang."
Itu peringatan penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri, terhadap kelibat pemain sayap Indonesia yang juga rakan sepasukannya di Selangor, Andik Vermansah, menjelang pertemuan kedua-dua negara di Stadium Manahan, Solo, malam esok.
Hazwan cukup mengenali Andik.
Beraksi bersama untuk skuad Merah Kuning sejak 2014, kelincahan dan kepantasan Andik diakuinya amat berbahaya.
Hazwan menegaskan skuad negara harus berwaspada dengan kelebihan yang dimiliki pemain sayap lincah itu, terutama ketika dia melakukan serangan balas ke kubu pasukan.
"Andik sangat mengenali gaya permainan Malaysia selepas beraksi dalam Liga Super bersama Selangor, saya menyarankan untuk menyekat gerakannya dalam perlawanan ini kerana dia mampu menggugat benteng pertahanan Malaysia," kata Hazwan.
Hazwan kini berperang dengan masa untuk cergas sepenuhnya selepas baru pulih daripada kecederaan.
Walaupun masih belum pasti dapat beraksi bertemu skuad Garuda, pemain kelahiran Labuan ini tetap mempunyai keazaman tinggi untuk membantu skuad negara meraih kemenangan di Solo.
"Saya masih dapat merasakan kecederaan yang saya alami, saya masih menunggu keputusan ahli fisioterapi kami sama ada saya cergas untuk dipilih beraksi.
"Jika terpilih, saya akan membuat yang terbaik buat Malaysia untuk mencari kemenangan berdepan Indonesia."
Topic Berkaitan
#Andik Vermansah
#Harimau Malaysia
#Indonesia
#Malaysia
#perlawanan persahabatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan