awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi, Soon Huat-Shevon tempah tiket separuh akhir

Bernama
Bernama
28/04/2023
22:14 MYT
BAC 2023: Yew Sin-Ee Yi, Soon Huat-Shevon tempah tiket separuh akhir
Soon Huat-Shevon (gambar) menjinakkan gandingan ke-14 dunia dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari menerusi pertembungan tiga set, di Dubai, UAE, malam tadi. - Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 selepas menyingkirkan gandingan nombor satu dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam tadi.
Gandingan kelapan dunia itu hanya mengambil masa 37 minit untuk mengalahkan beregu Indonesia itu dengan keputusan 22-20 dan 21-15 pada aksi suku akhir di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr.
Keputusan yang dilakar Yew Sin-Ee Yi sekali gus melebarkan rekod empat kemenangan ke atas gandingan Indonesia itu, yang mencatatkan tujuh kemenangan daripada 11 pertemuan.
Menanti Yew Sin-Ee Yi di separuh akhir adalah pemenang antara beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dan beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana yang turut beraksi malam tadi.
Beregu campuran profesional, negara yang juga berada di ranking kelapan dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai juga mengiringi kemaraan wakil negara itu selepas turut menjinakkan gandingan ke-14 dunia dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari menerusi pertembungan tiga set.
Soon Huat-Shevon, yang merupakan pilihan kelapan kejohanan, dapat mengawal perlawanan dengan baik dan mencatat kemenangan set pertama dengan keputusan 21-17 sebelum kebangkitan pihak lawan di set kedua 15-21.
Rekod pertemuan sebanyak empat kali dengan tiga kemenangan memihak kepada wakil negara itu kemudian dilebarkan lagi apabila mereka berjaya menoktahkan kemenangan di set penentuan 21-19 dalam pertarungan selama 55 minit.
Soon Huat-Shevon akan berdepan beregu nombor satu dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, yang tidak pernah dikalahkan mereka sepanjang 10 pertemuan sebelum ini.
Si Wei-Ya Qiong mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan gandingan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavinati, 21-11, 21-17.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#BAC 2023
#Ong Yew Sin-Teo Ee Yi
#Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan