awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bakal ada sinar buat penggiat sukan, rekreasi - Reezal Merican

Bernama
Bernama
02/02/2021
20:13 MYT
Bakal ada sinar buat penggiat sukan, rekreasi - Reezal Merican
Reezal Merican berkata isu mengenai sektor tersebut telah dibawa ke mesyuarat Sidang Khas MKN. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meluahkan keyakinan bahawa bakal ada sinar buat penggiat sektor sukan dan rekreasi dalam masa terdekat, walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 18 Feb.
Beliau berkata isu mengenai sektor tersebut telah dibawa ke mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi Selasa.
Reezal Merican berkata perkara itu berpandukan saranan serta cadangan daripada penggiat serta pemain industri, termasuk hasil sesi libat urus beliau bersama komuniti industri sukan minggu lalu.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri yang cukup memahami perkara ini dan insya-Allah, prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian sedang dibincang untuk disesuaikan dalam suasana PKP ini. Saya letakkan keyakinan bahawa penggiat dan pemain sektor sukan ini sebenarnya cukup teliti dan patuh kepada peraturan atau SOP.
"Insya-Allah, saya menjangkakan ada sinar buat kita semua dalam masa terdekat.
"Jaga diri dan jaga keselamatan kita. Bersama kita putuskan rantaian COVID-19," katanya menerusi catatan terbaru di Facebook rasminya.
Mengulas lanjut, beliau memberi fokus kepada tiga perspektif ketika membahaskan isu itu, termasuk soal kepatuhan para penggiat serta pemain sektor sukan dan rekreasi terhadap SOP sehingga kes melibatkan tersebut hampir tiada.
"Kedua, soal kebergantungan pendapatan sebahagian rakyat yang melibatkan aktiviti sukan seperti pengusaha fasiliti sukan komersial dan ketiga soal sukan perlu dilihat sebagai ekosistem ekonomi yang cukup besar dan tidak hanya tertumpu kepada aktiviti sukan semata-mata.
"Sukan sebagai industri membawa pelaburan komersial yang bernilai tinggi termasuklah penajaan korporat, penyiaran dan kandungan siaran dengan 'eye ball' yang cukup tinggi serta penjualan dagangan yang melibatkan kejohanan utama seperti MFL (Liga Bola sepak Malaysia), STL (Liga Sepak Takraw) dan sebagainya," katanya.
Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKP di seluruh negara kecuali Sarawak, yang dijadualkan berakhir pada Khamis ini, dilanjutkan dua minggu lagi berikutan trend peningkatan kes COVID-19 di semua negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Reezal Merican Naina Merican
#Reezal Merican
#SOP
#sukan
#rakyat
#Majlis Keselamatan Negara
#PKP
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan