awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Balachandran, Aminuddin dilantik penolong jurulatih Harimau Malaya

Bernama
Bernama
01/02/2018
12:20 MYT
Balachandran, Aminuddin dilantik penolong jurulatih Harimau Malaya
Hamidin mendedahkan skuad senior kebangsaan akan mengadakan aksi persahabatan berstatus 'A' menentang Mongolia pada 23 Feb ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. - fotoBERNAMA
S. Balachandran dan Aminuddin Hussin sah dilantik sebagai penolong jurulatih kepada pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan pelantikan dua individu berkenaan mendapat perkenan daripada Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sambil menjelaskan kedua-dua mereka akan memulakan tugas dalam tempoh terdekat.
Balachandran merupakan bekas jurulatih skuad Bawah 16 (B-16) tahun kebangsaan manakala Aminuddin adalah bekas penolong jurulatih B-23 kebangsaan.
"Pemilihan mereka daripada cadangan Cheng Hoe sendiri dan dibawa ke pihak pengurusan sebelum mendapat perkenan daripada Tunku Presiden.
"Setelah kita melihat kesemua kriteria dan juga pandangan daripada Cheng Hoe, kita bersetuju melantik mereka berdasarkan pengalaman yang dimiliki dan saya yakin gabungan dua jurulatih ini dapat membantu Cheng Hoe dalam mempersiapkan skuad kebangsaan menghadapi Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki nanti," katanya.
Hamidin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, hari ini.
Beliau berkata badan induk itu memberi tempoh setahun kepada Balachandran dan Aminuddin untuk membuktikan keupayaan masing-masing sebelum kontrak mereka akan dinilai semula pada penghujung tahun ini.
Dalam pada itu, Hamidin mendedahkan skuad senior kebangsaan akan mengadakan aksi persahabatan berstatus 'A' menentang Mongolia pada 23 Feb ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebagai persiapan menghadapi saingan Piala AFF Suzuki 2018 pada November.
"Cheng Hoe dan dua jurulatih ini akan memulakan tugas Sabtu ini untuk memilih pemain terbaik bagi dipanggil untuk menjalani sesi latihan pusat skuad kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi," jelas Hamidin.
Katanya, badan induk itu turut merancang untuk menambah perlawanan persahabatan antarabangsa berstatus 'A' bagi menaikkan kembali ranking skuad kebangsaan yang kini berada pada kedudukan ke-175 dunia.
Pada masa sama, Hamidin tidak menolak kemungkinan lebih banyak pemain B-23 negara yang beraksi cemerlang pada Kejohanan Bola Sepak AFC B-23 di China, baru-baru ini, akan diberi peluang menyarung jersi skuad senior kebangsaan, namun segala keputusan bergantung kepada Cheng Hoe sendiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aminuddin Hussin
#bola sepak
#Hamidin Mohd Amin
#harimau Malaya
#jurulatih
#penolong
#S Balachandran
#Tan Cheng Hoe
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan