awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ballon d'Or: Zlatan Ibrahimovic mampu ketepikan Messi dan Ronaldo - Mourinho

Astro Arena
Astro Arena
04/03/2017
04:49 MYT
Ballon d'Or: Zlatan Ibrahimovic mampu ketepikan Messi dan Ronaldo - Mourinho
Ibrahimovic dilihat sedang berada di tahap terbaiknya. - Reuters
PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho, berasakan Zlatan Ibrahimovic layak merangkul anugerah Ballon d'Or dan percaya pemain berusia 35 tahun itu mampu melakukannya tahun ini jika dia merangkul lebih banyak kejuaraan di Old Trafford.
Ibrahimovic sedang berada di tahap terbaik sejak menyertai United dari Paris Saint-Germain apabila telah pun menyumbat 26 gol dalam 38 penampilan musim ini di samping menjuarai Piala Sumbangsih dan Piala EFL.
Penyerang veteran itu masih belum mendapat tempat dalam kelompok tiga pemain terbaik dalam Ballon d'Or, namun Mourinho menyokong pemain itu mampu menamatkan dominasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
"Apa yang dia lakukan cukup mengagumkan," Mourinho memberitahu MUTV.
"Jumlah gol yang telah dia jaringkan, dengan dua persembahan di Wembley, siapa dia dalam skuad United. Pada saya, dia pemain yang mengagumkan.
"Sukar untuk dipercayai bahawa pemain seperti Ibrahimovic tidak pernah memenangi anugerah Ballon d'Or.
"Mungkin musim ini dia mampu melakukannya jika dia melakukan sesuatu yang istimewa. Jika kami mampu mara ke final Liga Europa, saya rasa pemain berusia 35 tahun ini layak merangkul anugerah itu."
Topic Berkaitan
#Ballon d'Or
#berita bola sepak
#Cristiano Ronaldo
#Lionel Messi
#Zlatan Ibrahimovic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan