awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa pelumba Moto3 Khairul Idham Pawi bangga anak tunaikan janji

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2016
15:28 MYT
Bapa pelumba Moto3 Khairul Idham Pawi bangga anak tunaikan janji
Kata Pawi, sejak berusia 14 tahun, anak ketiga daripada empat beradik itu berlatih di litar Datuk Sagor, Kampung Gajah. - Foto AFP
Keluarga penunggang Malaysia, Khairul Idham Pawi menganggap kejayaannya melakar sejarah buat Malaysia apabila memenangi kejuaraan Moto3 di saingan GP Argentina pada Isnin umpama membayar segala penat lelah dan kesungguhannya selama ini.
Apatah lagi minat pelumba berusia 17 tahun itu terhadap sukan permotoran berputik sejak kecil.
Bapanya Pawi Omar memberitahu, Khairul juga berjaya mengotakan janji untuk mengharumkan nama keluarganya.
Kata Pawi, sejak berusia 14 tahun, anak ketiga daripada empat beradik itu berlatih di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah dengan latihan berjalan sekurang-kurangnya dua jam sehari dan tujuh hari seminggu.
“Dalam kegembiraan yang kita raikan bersama saya sebagai seorang ayah terharu dan sedih kerana pada usia dia yang terlalu muda mengembara ke serata dunia dalam keadaan bersendirian tanpa diiringi teman-teman atau pun ahli keluarga.
“Sebagai seorang ayah saya lebih risau dia dalam perjalanan daripada semasa dia berlumba jadi saya rasa memang terlalu sedih,“ kata Pawi di pekan Kampung Gajah pada Isnin.
Sementara itu, adik bongsu Khairul, Anwar Ibrahim Pawi, 16, yang turut aktif dalam sukan sama pula memberitahu kejayaan abangnya akan dijadikan pembakar semangat dalam mencapai impian menjadi pelumba profesional.
“Saya selalu berlatih dengan abang saya di litar Dato Sagor dia selalui bagi saya tip menunggang macam mana masuk corner, breaking semualah dengan kemenangan di trek Argentina saya ingin jadi macam dia,” kata Anwar.
Topic Berkaitan
#adam norrodin
#Grand Prix Argentina
#Khairul Idham Pawi
#Moto3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan