awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barcelona, Real Madrid diikat pasukan tercorot

Astro Awani
Astro Awani
01/04/2013
13:34 MYT
Barcelona, Real Madrid diikat pasukan tercorot
Gergasi La Liga Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid diikat pasukan tercorot dalam aksi domestik minggu lalu.
Barca seri dua sama menentang Celta Vigo, manakala Real terikat satu sama bertemu Real Zaragoza.
Barca yang berkunjung ke tempat lawan bagaimanapun beraksi tanpa beberapa tonggak utama.
The Catalan ketinggalan pada minit ke-38 menerusi jaringan Nacho Insa.
Namun, Barca pantas menyamakan kedudukan menerusi Cristian Tello dua minit sebelum waktu rehat.
Babak kedua, pelawat mendominasi permainan dan berjaya menambah jaringan menerusi Lionel Messi, pada minit ke-73.
Ia merupakan gol ke-19 Messi dalam La Liga sekaligus melakar rekod baru apabila meledakkan gol dalam setiap perlawanan liga.
Borja Oubina Melendez menyumbat gol penyamaan di lewat permainan untuk mengikat pelawat dua sama.
Sementara itu, Real terpaksa bangkit dari ketinggalan untuk meraih satu mata menentang Real Zaragoza.
Real dikejutkan dengan jaringan pendahuluan Zaragoza Rodri seawal minit keenam permainan.
Namun, Real berjaya bangkit menghasilkan gol penyamaan menerusi Cristiano Ronaldo pada minit ke-28.
Topic Berkaitan
#barcelona
#La Liga Sepanyol
#Real Madrid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan