awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayern capai kesepakatan lisan dengan Barcelona jual Lewandowski

Astro Arena
Astro Arena
17/07/2022
01:30 MYT
Bayern capai kesepakatan lisan dengan Barcelona jual Lewandowski
Robert Lewandowski. - Foto Astro ARENA
BAYERN Munich sudah mencapai kesepakatan secara lisan dengan Barcelona untuk menjual penyerang sensasi mereka, Robert Lewandowski.
Pemain berusia 33 tahun itu menjaringkan 50 gol musim lalu -- jumlah terbanyak dalam lima liga utama Eropah -- tetapi memilih untuk meninggalkan Arena Allianz.
Kesepakatan di antara dua pasukan gergasi Eropah itu dilaporkan melibatkan yuran perpindahan bernilai €50 juta (RM224.49 juta).
Dan Bayern memberikan perkembangan terkini dalam laman Twitter rasmi mereka semalam dengan satu petikan kata daripada presidennya, Herbert Hainer.
#FCBayern president Herbert #Hainer on Robert #Lewandowski: "We have come to a verbal agreement with Barcelona. It's good to have clarity for all parties. Robert is an incredible player and he won everything with us. We are incredibly grateful to him." pic.twitter.com/NvttIyQTRx
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) July 16, 2022
"Kami sudah mencapai kesepakatan lisan dengan Barcelona. Amat baik untuk mendapatkan penjelasan daripada kesemua pihak.
"Robert merupakan pemain yang luar biasa dan dia telah memenangi segala-galanya bersama kami. Kami benar-benar bersyukur dapat memilikinya," katanya.
Terdahulu, Lewandowski dilihat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya di pusat latihan Bayern semalam.
Topic Berkaitan
#Bayern Munich
#barcelona
#Robert Lewandowski
#perpindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan