awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
[TERKINI] Sultan Sharafuddin tidak berkenan penternakan babi di Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas juara sumo, Akebono meninggal dunia pada usia 54 tahun

Agensi
Agensi
11/04/2024
02:45 MYT
Bekas juara sumo, Akebono meninggal dunia pada usia 54 tahun
Ahli gusti sumo kelahiran Amerika Syarikat, Akebono meninggal dunia akibat kegagalan jantung, bulan ini pada usia 54 tahun. - Gambar REUTERS
TOKYO: Ahli gusti sumo kelahiran Amerika Syarikat (AS), Akebono yang menjadi juara Yokozuna bukan Jepun pertama meninggal dunia akibat kegagalan jantung, bulan ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Angkatan Pertahanan AS di Jepun hari ini, mendiang Akebonono meninggal dunia pada usia 54 tahun.
Dilahirkan sebagai Chad George Ha'aheo Rowan di Hawaii, Akebono menyertai gelanggang dunia sumo pada 1988 dan dinaikkan ke pangkat Yokozuna tertinggi pada Januari 1993.
Dia kemudiannya menjadi warganegara Jepun.
Sebagai Yokozuna ke-64, Akebono memenangi 11 kejuaraan selain meraih status selebriti sebagai bakat di rancangan TV Jepun.
Mendiang juga menjadi pejuang gusti K-1 profesional selepas bersara daripada sumo pada 2001.
Akebono meninggalkan seorang isteri, anak perempuan dan dua anak lelaki. - Reuters
Topic Berkaitan
#Akebono
#Akebono meninggal dunia
#gusti sumo
#yokozuna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan