awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain boling negara Allan Lee meninggal dunia

Bernama
Bernama
20/12/2024
10:46 MYT
Bekas pemain boling negara Allan Lee meninggal dunia
Allan, yang dikenali sebagai pemain boling disegani, telah banyak mencipta kejayaan cemerlang di peringkat serantau dan antarabangsa sepanjang kerjayanya.
KUALA LUMPUR: Bekas pemain boling kebangsaan, Allan Lee, meninggal dunia akibat faktor usia di sini, hari ini. Beliau berusia 83 tahun.
Berita pemergian beliau disahkan oleh Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok.
Allan, yang dikenali sebagai pemain boling disegani, telah banyak mencipta kejayaan cemerlang di peringkat serantau dan antarabangsa sepanjang kerjayanya.
Antara pencapaian beliau yang paling diingati ialah kejayaan meraih pingat gangsa dalam acara trio di Sukan Asia 1986 di Korea Selatan, selain mencatat lima penampilan podium di temasya Sukan SEA pada tahun 1975, 1983, 1985, 1989 dan 1993.
Selain cemerlang sebagai atlet, Allan turut memainkan peranan penting dalam pembangunan bakat muda menerusi Program Pembangunan Boling Kebangsaan pada era 1990-an, yang menyaksikan ramai pemain muda berjaya mencapai potensi penuh mereka.
"Pemergian beliau satu kehilangan besar buat komuniti boling Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa," kata Maradona.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas pemain boling negara
#Allan Lee
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan