awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain hoki THT, Syamiru sebenarnya hidap kanser otak

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
16/01/2020
15:37 MYT
Bekas pemain hoki THT, Syamiru sebenarnya hidap kanser otak
Bekas pemain tengah Pasukan Hoki Terengganu (THT), Syamiru Aiman Bidin yang dilaporkan meninggal dunia Ahad lalu adalah akibat kanser otak. Foto: Stadium Astro
Bekas pemain tengah Pasukan Hoki Terengganu (THT), Syamiru Aiman Bidin yang dilaporkan meninggal dunia Ahad lalu adalah akibat kanser otak.
Perkara itu didedahkan abangnya, Badrulhisham Bidin selepas ahli keluarga dimaklumkan tentang kesakitan yang dialami adiknya itu selepas pemergiannya.
“Arwah adik merahsiakan penyakitnya itu daripada keluarga kerana tidak mahu membebankan ahli keluarga yang lain.
“Kami mula perasan perubahan ketara sejak kebelakangan ini. Setiap hari Khamis selepas balik kerja saya tengok dia macam letih, kadang-kadang saya tanya demam ke tetapi dia tidak mengaku,” ujarnya.
Kongsi Badrul lagi, ahli keluarga amat terkejut apabila dimaklumkan Allahyarham menghidap kanser.
Badrul ditemui ketika majlis penyerahan Faedah Pengurusan Jenazah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di rumahnya di Kampung Kua, Hulu Terengganu pada Khamis.
Badrulhisham menerima Faedah Pengurusan Jenazah Pertubuhan berjumlah RM2,000 disampaikan EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.
Turut hadir Pengarah PERKESO Terengganu, Farihah Che Husin.
BACA: Bekas pemain hoki THT, Syamiru Aiman meninggal dunia
Sebelum ini, Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 11,48 pagi akibat jangkitan kuman dalam otak.
Untuk rekod, Allahyarham berpengalaman beraksi untuk THT di bawah bimbingan Sarjit Singh serta berkongsi padang bersama Shahrun Nabil Abdullah, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan pasangan adik-beradik, Fitri dan Faizal Saari.
Topic Berkaitan
#Bekas pemain tengah
#kanser otak
#meninggal dunia
#Pasukan Hoki Terengganu
#Syamiru Aiman Bidin
#THT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan