awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beng Hee tersingkir daripada Kejohanan Skuasy Dunia

Bernama
Bernama
30/10/2013
00:00 MYT
Beng Hee tersingkir daripada Kejohanan Skuasy Dunia
Harapan pemain skuasy nombor satu negara Ong Beng Hee untuk mara ke pusingan seterusnya dalam Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2013 di Manchester, England, musnah di tangan pemain Mesir, Omar Mosaad dalam perlawanan yang berlangsung pada Selasa.
Dalam perlawanan pusingan kedua yang berlangsung di National Squash Centre itu, Beng Hee akur 5-11, 4-11 dan 11-13 di tangan Omar, pilihan ke-11 kejohanan.
Pemain Mesir yang berusia 25 tahun itu yang juga pemain nombor 10 dunia bagaimanapun berdepan tugas getir apabila dijadual bertemu pemain nombor empat dunia, Nick Matthew dari England Rabu.
Matthew yang juga juara dunia sebanyak dua kali mara ke pusingan ketiga selepas dengan mudah menyingkirkan pemain Hong Kong, Max Lee dengan 11-17, 11-6 dan 11-6.
Pemain nombor dua negara, Mohd Nafiizwan Adnan akan meneruskan cabaran negara menentang pemain Australia yang juga pilihan ke-14 kejohanan, Cameron Pilley, dalam pusingan kedua.
Topic Berkaitan
#England
#kejohanan skuasy lelaki dunia
#MAnchester
#Mosaad
#ong beng hee
#Skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan