awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berang Liverpool kalah, Jamie Carragher ludah ke muka remaja perempuan 14 tahun

Agensi
Agensi
11/03/2018
23:27 MYT
Berang Liverpool kalah, Jamie Carragher ludah ke muka remaja perempuan 14 tahun
Carragher, 40 tahun, telah menghubungi keluarga remaja tersebut dan memohon maaf berhubung kejadian itu yang disifatkannya sebagai tidak terkawal dan benar-benar tidak boleh diterima. - Foto REUTERS
MARAH dan kecewa atas kekalahan dengan Manchester United di Old Trafford, Sabtu lalu, bekas pemain Liverpool Jamie Carragher bertindak meludah ke arah seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Dalam sebuah rakaman video oleh Daily Mirror, Carragher yang juga bekas pemain pertahanan England itu dilihat meludah remaja berkenaan dari dalam keretanya.
Memetik laporan Daily Mail, difahamkan remaja tersebut sedang berada dalam kereta bersama bapanya, yang pada ketika itu sedang bertelagah dengan Carragher mengenai perlawanan Manchester United dengan Liverpool itu.
Carragher yang berang mendengar keputusan perlawanan itu diulang-ulang, terus meludah dan terkena muka gadis berkenaan, membuatkan remaja itu menangis.
Bagaimanapun Carragher, 40 tahun, telah menghubungi keluarga remaja tersebut dan memohon maaf berhubung kejadian itu yang disifatkannya sebagai tidak terkawal dan benar-benar tidak boleh diterima.
Selain itu, dia juga telah memuat naik satu posting di Twitter tentang permohonan maafnya itu.
Totally out of order & Ive apologised personally to all the family this evening. I was goaded 3/4 times along the motorway while being filmed & lost my rag. No excuse apologies. https://t.co/ofrNfiwhYH
— Jamie Carragher (@Carra23) March 11, 2018
Sabtu lalu, Marcus Rashford menjadi wira apabila meledakkan dua jaringan untuk membantu Manchester United mencatat kemenangan 2-1 ke atas Liverpool.
BACA: Man Utd benam Liverpool dengan dua jaringan Rashford
Keputusan itu mengekalkan United di tangga kedua liga, dengan terpisah 13 mata daripada pendahulu Manchester City yang bakal menentang Stoke pada Isnin ini.
Topic Berkaitan
#jamie carragher
#Liverpool
#ludah
#Manchester United
#memohon maaf
#Old Trafford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan