awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beri lebih perhatian pada Perak FC - Ahmad Faizal

Aida Aziz
Aida Aziz
13/12/2021
05:20 MYT
Beri lebih perhatian pada Perak FC - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berharap agar semua masalah yang dihadapi Perak FC dapat diatasi segera. - Foto Astro AWANI
IPOH: Kerajaan negeri disaran untuk memberi lebih perhatian kepada pembangunan bola sepak, khususnya buat pasukan Perak FC.
Saranan itu diutarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang turut berkongsi harapan dengan peminat bola sepak negeri ini.
Beliau berkata demikian ketika menyentuh topik bola sepak Perak pada sesi perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.
"Walaupun saya terlibat dalam Kementerian Belia dan Sukan sekarang, saya sekali lalu menyentuh tentang pengharapan daripada ramai peminat sukan di negeri Perak.
"Diharapkan kerajaan negeri ini dapat memberi sedikit perhatian yang lebih kepada pembangunan sukan bola sepak terutama sekali pasukan kita, Perak FC," katanya.
Ahmad Faizal berkata, beliau turut berharap supaya semua masalah yang melanda pasukan bola sepak Perak dapat diatasi segera.
"Saya harap apa yang cuba kita laksanakan sebelum ini, jika ada sedikit sahaja daripada kerajaan negeri tentunya menyelesaikan banyak perkara berkenaan pembangunan sukan bola sepak di Perak," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Faizal Azumu
#DUN Perak
#bola sepak
#Perak FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan