awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli

Faida Rahim
Faida Rahim
15/05/2024
03:15 MYT
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Adam berkata beliau dimaklumkan bahawa Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih. - Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: "Beri ruang kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim agar dapat menjalani tempoh untuk pulih dengan tenang".
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
“Alhamdulillah semangat keluarganya baik dan daripada segi proses rawatan diterima Faisal tentu sekali mengambil masa panjang.
“Setiap yang terbaik sudah diberikan daripada sudut perubatan, sokongan bukan sahaja kepada Faisal tetapi juga kepada ahli keluarganya.
“Kita perlu beri ruang pemulihan sepenuhnya kepada Faisal. Dia ada tanda tanda positif, tentu sekali orang macam Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih. Itu yang kita harap, itu yang kita doakan juga,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program semarak Hari Belia Negara (HBN) @ Kementerian Belia dan Sukan di Menara KBS Putrajaya pada Rabu.
Dalam pada itu, Adam yang turut menziarahi keluarga Faisal baru-baru ini berkata beliau dimaklumkan mengenai keadaan Faisal oleh keluarganya bahawa Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
“Dia (Faisal) kini berada di ruangan sensitif. Kalau boleh kurangkan contact, kita pun tidak mahu ganggu emosinya. Yang disampaikan oleh keluarganya, dia dah boleh berjalan, boleh makan dengan baik, tumpuan masih diberikan kepada pemulihan sepenuhnya.
“Dia keluar dari ICU tempoh hari, itu memang betul tetapi belum tentu dia boleh dia keluar dari hospital kerana masih memerlukan tumpuan rawatan yang rapi dan baik,” katanya.
Terdahulu, Faisal Halim dilaporkan berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
Bagaimanapun, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, doktor masih memantau tahap pemulihannya dan hanya doktor pakar di hospital yang boleh memberikan jawapan sebenar mengenai tempoh masa tersebut.
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#Adam Adli Abd Halim
#proses pemulihan
#tanda positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan