awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berlari di Besraya lebih mencabar daripada NPE

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
20/03/2019
10:24 MYT
Berlari di Besraya lebih mencabar daripada NPE
CEO IJM Corporation Berhad Datuk Soam Heng Choon (tengah) dan CEO Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir melancarkan IJM Allianz Duo Highway Challenge 2019.
Berbanding dua tahun sebelum ini, larian IJM Allianz Duo Highway Challenge yang dijadual berlangsung Julai dan Ogos ini dijangka lebih mencabar.
Buat pertama kali, ia akan diadakan pada waktu malam dengan jarak perlumbaan bagi Besraya digandakan kepada 26 kilometer, berbanding 13 kilometer tahun lalu.
Lebih mencabar, laluan berbukit di lebuh raya Besraya akan menguji kemampuan peserta, yang terpaksa membuat dua pusingan di lebuh raya itu.
Perkara itu turut dipersetujui juara wanita dua kali berturut-turut, S Sheela.
Sheela yang ditemui pemberita semasa pelancaran perlumbaan tersebut, menyatakan larian di NPE pada waktu malam lebih senang kerana ia tidak melibatkan pendakian.
Perlumbaan sejauh 26 kilometer di Besraya turut melibatkan kategori lari berganti-ganti dengan dua peserta perlu melengkapkan larian sejauh 13 kilometer.
Bagi larian NPE Highway Challenge pula, ia akan melibatkan perlumbaan sejauh 21 kilometer dan 10 kilometer pada 14 Julai.
Larian Besraya Highway Challenge pula sejauh 26 kilometer dan 13 kilometer pada 24 Ogos.
Menurut penganjur perlumbaan, Pengarah Urusan Kumpulan EC Pixels, Eugene Chan, mereka sudah menerima 6,000 penyertaan setakat ini dan mensasarkan 17,000 peserta untuk kedua-dua larian itu.
Hadiah wang tunai keseluruhan yang dijanjikan adalah RM84,400.
Topic Berkaitan
#Allianz
#Besraya
#Duo Highway Challenge
#Eugene Chan
#IJM
#larian
#marathon
#NPE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan