awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bibi Ramjani pertahan jawatan Presiden KAFA

Bernama
Bernama
06/08/2018
14:10 MYT
Bibi Ramjani pertahan jawatan Presiden KAFA
Bibi Ramjani akan terus mempertahankan jawatannya sebagai Presiden KAFA. - Facebook/Bibi Ramjani Ilias Khan
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan akan terus mempertahankan kedudukannya dalam badan itu di sebalik tekanan yang memaksa beliau berundur daripada kerusi berkenaan.
Presiden wanita pertama KAFA itu berkata, ketika ini mana-mana pihak tidak perlu menuding jari mencari kesalahan orang lain namun semua pihak perlu bersatu bagi mengembalikan kegemilangan The Red Warriors.
"Kalau berumahtangga kita tidak mampu (hadapi masalah) kita kena berusaha, bukan kita terus cerai isteri kita dan serahkan kepada orang yang mampu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sebelum ini, akhbar melaporkan bekas presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa menyarankan individu yang tidak lagi mampu mentadbir badan induk berkenaan berundur demi kepentingan bola sepak negeri ini.
Mengulas lanjut, Bibi Ramjani berkata jika benar ada pihak yang masih sayangkan KAFA maka mereka perlu tampil ke hadapan dan bersama-sama barisan kepimpinan untuk mencari jalan penyelesaian.
Dalam masa yang sama Bibi Ramjani turut berharap agar Annuar dapat memujuk bekas-bekas pemain The Red Warriors di bawah pimpinannya supaya dapat bersabar dan tidak menekan KAFA ketika ini yang sedang bergelut dalam pembayaran hutang.
"Tahun ini kita berjaya menyelesaikan sedikit hutang bagi mendapatkan lesen untuk layak ke saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#bibi ramjani
#KAFA
#Persatuan Bola Sepak Kelantan
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan