awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga minyak dibuka lebih tinggi ketika konflik terus mengganggu bekalan global
OPEC+ tingkatkan pengeluaran minyak Mei ini di tengah krisis tenaga global
Gambar bulan Artemis tarik perhatian: Nilai saintifik atau sekadar foto indah?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bonnie terus unggul rangkul emas Piala Dunia 2025

Bernama
Bernama
22/06/2025
15:30 MYT
Bonnie terus unggul rangkul emas Piala Dunia 2025
Bonnie Bunyau Gustin terus memperkukuh reputasinya di pentas antarabangsa apabila meraih pingat emas dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) pada Piala Dunia 2025 di Beijing, China, hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jaguh powerlifting para negara Bonnie Bunyau Gustin terus memperkukuh reputasinya di pentas antarabangsa apabila meraih pingat emas dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) pada Piala Dunia 2025 di Beijing, China, hari ini.
Badang kerdil kelahiran Sarawak itu melakukan angkatan terbaik seberat 215kg dalam saingan yang berlangsung di China Administration of Sports for Persons with Disabilities (CASPD), sekali gus mengekalkan penguasaannya dalam kategori berkenaan.
Bagaimanapun, pencapaian itu masih belum mampu mengatasi rekod dunia miliknya, iaitu 232kg yang dicatat ketika mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024.
Pingat perak diraih atlet Cuba, Jesus Cuevas Cisneros dengan angkatan seberat 175kg, manakala atlet India, Ramubhai B. Bhambava membawa pulang gangsa selepas mencatat angkatan 151kg.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bonnie Bunyau Gustin
#powerlifting
#emas
#Piala Dunia 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan