awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BWF tolak cadangan Chong Wei

Bernama
Bernama
27/05/2023
15:45 MYT
BWF tolak cadangan Chong Wei
Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Poul-Erik Hoyer tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan jumlah kejohanan dalam kalendar penganjuran badan sukan itu.
KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Poul-Erik Hoyer tidak bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan jumlah kejohanan dalam kalendar penganjuran badan sukan itu.
Sebaliknya, beliau berkata apa yang perlu dilakukan oleh BWF ialah mewujudkan sistem kejohanan 'ladder' dengan menyusun semula semua pertandingan mengikut keutamaan.
"Pada padangan saya, kita sudah kukuh dan sudah boleh mulakan perbincangan kejohanan mana perlu diberikan keutamaan dan kejohanan mana diletakkan dalam tier dua dan tier ketiga, saya juga percaya bahawa ini akan menyediakan generasi muda untuk benar-benar mendapat pendapatan.
"Saya rasa kita patut bincang bagaimana kita boleh laksanakan ladder (sistem) dan fokus. Saya tidak mahu mengurangkan kejohanan, saya mahu membuat lebih banyak kejohanan supaya kita boleh membuat sistem ladder itu, itu yang saya percaya," katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan bekas pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong We yang mencadangkan agara BWF mengurangkan jumlah kejohanan dalam setahun jika kita mahu melahirkan pemain berkualiti seperti Lin Dan dari China," katanya pada sidang media hari ini.
Hoyer bekata Chong Wei bukan bekas pemain pertama yang mencadangkan perkara terbabit.
"Kita juga mahu mendengar pendapat daripada pemain berpengalaman yang lain," kata pemenang pingat emas perseorangan lelaki edisi 1996 Atlanta.
Terdahulu, Hoyer turut menjadi saksi kepada majlis menandatangani MoU antara Badminton Asia dan BAM dan Akademi Badminton Malaysia (ABM).
MoU ditandatangan oleh Presiden Badminton Asia Kim Jong Soo and Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BWF
#Poul-Erik Hoyer
#Lee Chong Wei
#persekutuan badminton dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan