awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cahaya mata kedua suntik semangat baru buat Chong Wei

Astro Arena
Astro Arena
22/07/2015
07:10 MYT
Cahaya mata kedua suntik semangat baru buat Chong Wei
Selepas tiga kejohanan sekembalinya daripada penggantungan lapan bulan, Chong Wei akur dia menghampiri kemuncak prestasi. - Gambar Astro ARENA
Kehadiran cahaya mata kedua bukan sahaja suntik semangat Datuk Lee Chong Wei malah turut memberi dia perspektif berbeza sebagai seorang pemain.
Tanggal 9 Julai lalu, keluarga Chong Wei dan isterinya datin wong mew choo diserikan dengan kehadiran anak lelaki kedua terence.
Dalam waktu genting menyiapkan diri menghadapi kejohanan dunia di Jakarta, Indonesia pada Ogos, Chong Wei tetap memberi tumpuan kepada keluarga.
"Selepas kelahiran cahaya mata kedua, saya banyak meluangkan masa selepas saya selesai latihan untuk membantu isteri saya sementara tiada pertandingan beberapa minggu ini," kata Chong Wei.
Tanggungjawab lebih besar ini menawarkan Chong Wei perspektif bagaimana untuk menangani tekanan tambahan seperti dalam gelanggang kompetetif.
Selepas tiga kejohanan sekembalinya daripada penggantungan lapan bulan, Chong Wei akur dia menghampiri kemuncak prestasi.
Kekalahan kepada Chen Long pada Terbuka Taiwan minggu lalu memberikan dia gambaran saingan yang bakal dihadapi di Jakarta nanti.
"Saya berpuas hati dengan prestasi saya ketika kepada Chen Long di Terbuka Taiwan, walaupun tewas saya tetap berpuas hati.
"Terdapat beberapa kesilapan mudah yang saya lakukan ketika perlawanan tersebut dan saya kini telah menjumpai kelemahan untuk diperbaiki menjelang Kejohanan Dunia, Ogos ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Chen Long
#Kejohanan Terbuka Indonesia
#Lee Chong Wei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan