awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cari titik persamaan, selesaikan kemelut yang membelenggu PSM

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
11/12/2021
21:00 MYT
Cari titik persamaan, selesaikan kemelut yang membelenggu PSM
Tengku Zaihan (tengah) ditemui selepas merasmikan majlis pelancaran Figos Kids Takraw di Besut, Terengganu pada Sabtu. - Astro AWANI
BESUT: Cari titik persamaan dan selesaikan kemelut yang membelenggu Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).
Menurut Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Terengganu (PSNT), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, PSM perlu diperkasakan bagi mengembalikan perananya dalam memartabatkan sukan sepaktakraw negara.
Menurut Tengku Zaihan, pendekatan terbaik adalah dengan mengadakan pemilihan dalam masa terdekat bagi melantik kepimpinan baharu demi pembangunan sukan tradisi itu.
"Kami memohon supaya pihak PSM menyegerakan Mesyuarat Agung Tahunan supaya apa jua kemelut yang berlaku dapat diselesaikan sebaik mungkin.
"Marilah kita sama-sama bak kata orang tua-tua, kita buang yang keruh dan ambil yang jernih, kerana kita mahu mengembalikan martabat sukan sepaktakraw tanah air kita ini ke landasan yang betul dan juga ke martabat yang sepatutnya," katanya.
Menurutnya, PSM perlu terus mengatur langkah ke depan dan fokus dalam menentukan arah tujunya.
"Kalau boleh kita mohon supaya diadakan sesegera mungkin kalau boleh dalam tahun ni juga, sebab tahun depan kita banyak lagi aktiviti dalam kalendar sukan sepak takraw, bukan sahaja di peringkat nasional tapi juga di peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA dan banyak lagi sukan-sukan lain di peringkat antarabangsa yang perlu kita sertai," jelasnya.
PSNT juga berharap PSM kembali diiktiraf sebagai Ahli Gabungan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) selepas disingkirkan badan induk Asia itu pada Jun lalu.
Ia susulan tindakan Presiden PSM ketika itu, Datuk Seri Ahmad Ismail atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden ASTAF menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 24 Februari lalu yang sekaligus mengakibatkan PSM terjebak ke dalam kemelut berpanjangan.
Tengku Zaihan ditemui selepas merasmikan majlis pelancaran Figos Kids Takraw di Besut, Terengganu pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#sepak takraw
#PSM
#Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman
#pemilihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan