awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ceroboh padang dan bakar bunga api, 4 ditahan

Aizat Sharif
Aizat Sharif
11/12/2012
23:00 MYT
Ceroboh padang dan bakar bunga api, 4 ditahan
Empat lelaki ditahan atas kesalahan membakar bunga api dan cuba menceroboh ke dalam padang semasa perlawanan separuh akhir Piala AFF 2012 diantara Malaysia dan Thailand pada Ahad (Dis 9) lalu.
Ketua polis daerah Cheras, ACP Mohan Singh berkata kedua-dua tangkapan dilakukan di dalam Stadium Bukit Jalil ketika perlawanan sedang berlangsung.
Dalam tangkapan pertama pada jam 9.50 malam, dua lelaki berumur 25 dan 27 tahun ditahan kerana membakar bunga api jenis 'flare' di tempat duduk penonton.
“Kedua-dua suspek dilihat sedang membakar bunga api dan pasukan khas polis yang ditubuhkan untuk mengawasi keadaan pada malam itu telah menahan suspek dan merampas kedua-dua jenis bunga api yang masih lagi menyala ketika itu,” kata Mohan.
Pada waktu yang sama juga, polis menahan dua lagi lelaki yang cuba menceroboh masuk ke dalam padang dengan tujuan untuk menimbulkan kekacauan ketika perlawanan rancak berlangsung.
“Mereka cuba masuk ke padang dengan melintasi palang halangan di tempat duduk tetamu kehormat dan polis yang berkawal di kawasan tersebut berjaya menahan kedua-dua suspek,”
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Mohan menambah, sepanjang tahun ini dari Jan 1 sehingga Disember 9, seramai 32 orang berumur antara 20 hinga 30 telah ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk memiliki dadah ketika menyaksikan perlawanan bolasepak di Stadium Bukit Jalil.
“Dari jumlah itu, lima telah dituduh di mahkamah, dua telah dibebaskan manakala selebihnya masih lagi dalam siasatan pihak polis,” said
Selain itu, 47 bunga api, dua senjata buku lima, empat buah mercun dan satu bom asap turut dirampas sepanjang tempoh itu.
Beliau berkata tindakan ini diambil demi menjaga keselamatan penonton yang menyaksikan perlawanan bolasepak di Stadium Bukit Jalil.
“Walaupun telah berulang kali diingatkan kepada penonton perlawanan bolasepak ini supaya menjaga kelakuan mereka termasuk tidak membawa barangan yang dilarang masuk ke dalam stadium, masih ramai lagi yang tidak mengendahkannya. Perbuatan ini boleh menyebabkan kecederaan kepada orang lain dan secara tidak langsung menjejaskan nama pasukan bolasepak Malaysia,” kata Mohan.
Topic Berkaitan
#AFF
#bunga api
#Malaysia
#mercun
#polis
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan