awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Daim Zainuddin, Asnida tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
Trump ulangi kritikan terhadap Jepun, Korea Selatan kerana tidak membantu dalam perang Iran
Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS, kukuh dalam kalangan mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei berdepan undian sukar di terbuka Malaysia

Bernama
Bernama
05/06/2018
14:18 MYT
Chong Wei berdepan undian sukar di terbuka Malaysia
Untuk rekod, Chong Wei merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016. -Gambar fail
JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei berdepan undian sukar pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil dari 26 Jun hingga 1 Julai ini.
Berdasarkan undian dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam laman webnya, www.bwfworldtour.com, pemain ranking ketujuh dunia itu yang juga juara 11 kali kejohanan berkenaan, akan berdepan pemain Jepun, Kazumasa Sakai di pusingan pembukaan pada 26 Jun, dan juara dua kali Sukan Asia, Lee Hyun Il dari Korea Selatan di pusingan kedua, pada hari berikutnya.
Jika tiada kejutan, Chong Wei dijangka bertemu pemain nombor satu dunia dan juga pilihan utama, Viktor Axelsen dari Denmark di peringkat suku akhir pada 28 Jun.
Sekiranya berjaya melepasi pemain tinggi lampai dari Denmark itu, Chong Wei dijadual bertemu sama ada tiga pemain China, iaitu juara bertahan Lin Dan, pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2016 Chen Long atau pemain nombor tiga dunia, Shi Yuqi di separuh akhir pada 29 Jun.
Untuk rekod, Chong Wei merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia pada 2004, 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016.
Kejohanan Terbuka Malaysia 2018 adalah saingan Jelajah Dunia Super 750 BWF yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah A$700,000 (RM2.790 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Axiata Arena
#BWF
#Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia
#Lee Chong Wei
#persekutuan badminton dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan