awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei kekal pilihan raih emas pertama Olimpik

Astro Arena
Astro Arena
01/01/2016
00:39 MYT
Chong Wei kekal pilihan raih emas pertama Olimpik
Perkembangan kurang memberangsangkan dalam program sukan negara secara keseluruhan dalam tempoh tiga tahun sejak London menyaksikan MOM terus canang Datuk Lee Chong Wei sebagai harapan utama. - Gambar fail
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tidak berselindung di sebalik kekecewaan jika jumlah penampilan atlet di Rio kurang berbanding edisi 2012 di London.
MOM menerusi Presiden-nya Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar menegaskan,kegagalan untuk Malaysia memiliki kelompok atlet lebih ramai di Rio adalah satu langkah kebelakang.
London menyaksikan Malaysia memiliki 29 wakil dalam sembilan acara termasuk pelayaran, lawan pedang dan renang terbuka.
MOM hanya boleh berpeluk tubuh menanti senarai akhir atlet ke Rio ketika penghujung musim 2015 menyaksikan hanya lima atlet yang berupaya menempah tiket awal ke Brazil.
"Saya sedikit kecewa kerana hanya beberapa atlet yang berjaya menempah tiket awak ke Brazil tetapi saya yakin akan ada pertambahan atlet terutama bagi sukan badminton. Apapun ia membuktikan sukan Olimpik semakin sukar," katanya.
Perkembangan kurang memberangsangkan dalam program sukan negara secara keseluruhan dalam tempoh tiga tahun sejak London menyaksikan MOM terus canang Datuk Lee Chong Wei sebagai harapan utama menghadirkan emas sulung Oimpik Malaysia.
Sebarang kejutan realistik hanya mampu ditawarkan skuad terjun negara diketuai Pandelala Rinong dan berbasikal trek jika sukan itu dan ikonnya Azizulhasni Awang layak ke temasya 2016 itu.
"Saya rasa Chong Wei kekal pilihan utama, terjun juga mampu merangkul pingat emas walaupun China merupakan kuasa besar sukan itu," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Lee Chong Wei
#Majlis Olimpik Malaysia
#MOM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan