awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei tempah tiket ke separuh akhir Terbuka Malaysia

Bernama
Bernama
18/01/2013
15:01 MYT
Chong Wei tempah tiket ke separuh akhir Terbuka Malaysia
Pemain nombor satu dunia Lee Chong Wei menganggap kemenangan mudah pada saingan suku akhir Kejohanan Badminton Super Series Maybank Terbuka Malaysia 2013 disebabkan kelebihan mendapat waktu rehat selama sehari sebelum ini.
Pada saingan suku akhir hari ini, Chong Wei, 30, mudah mengalahkan pilihan kelima Hu Yun dari Hong Kong dengan keputusan 21-12 dan 21-9 dalam masa 24 minit untuk melangkah ke separuh akhir.
"Semua orang tahu saya tidak beraksi semalam selepas lawan saya, Boonsak Ponsana dari Thailand menarik diri disebabkan beliau tidak sihat....Hu Yun juga kurang memberikan saingan dalam perlawanan hari ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan berkenaan di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini.
Mengulas mengenai perlawanan separuh akhir esok menentang pilihan keenam dari Denmark, Jan O Jorgensen, Chong Wei yang memburu gelaran kesembilan kejohanan, berkata beliau perlu berwaspada dengan pemain berkenaan yang mempunyai semangat juang yang tinggi.
Pemain muda Denmark itu mara selepas menewaskan seorang lagi pemain kebangsaan, Liew Daren dengan keputusan 19-21, 21-13 dan 21-17 dalam masa 62 minit.
"Jorgensen adalah seorang pemain attacking (penyerang) yang bagus, jadi saya harus berhati-hati.
"Apa yang lebih penting kepada saya ketika ini ialah mengekalkan prestasi semasa dalam mengharungi perlawanan seterusnya," katanya.
Chong Wei memegang rekod 5-1 ke atas pemain Denmark berkenaan dalam enam pertemuan mereka sebelum ini.
Topic Berkaitan
#badminton
#Lee Chong Wei
#Terbuka Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan