awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chong Wei tersingkir Kejohanan Seluruh England

Bernama
Bernama
10/03/2016
01:47 MYT
Chong Wei tersingkir Kejohanan Seluruh England
Kekalahan Chong Wei turut menyaksikan rekod cemerlang beliau di kejohanan Seluruh England sejak 2009 hingga 2014 yang tidak pernah gagal mara ke final, berakhir. - Gambar fail
Pemain utama negara, Datuk Lee Chong Wei tersingkir daripada Kejohanan Seluruh England selepas tewas mengejut kepada B Sai Praneeth dari India di pusingan pertama di Barclaycard Arena, Birmingham awal pagi ini.
Chong Wei yang memburu kejuaraan keempat di kejohanan ini selepas menjuarainya pada 2010, 2011 dan 2014, tewas 22-24, 20-22 kepada lawan yang berada 32 tangga di bawahnya dalam ranking dunia.
Kekalahan pemain nombor dua dunia itu yang juga pilihan kedua bagi edisi kali ini, turut menyaksikan rekod cemerlang beliau di kejohanan Seluruh England sejak 2009 hingga 2014 yang tidak pernah gagal mara ke final, berakhir.
Chong Wei, 33, tidak beraksi di Seluruh England tahun lalu kerana menjalani penggantungan lapan bulan akibat kesalahan doping ketika itu.
Ini juga adalah kemenangan pertama Sai Praneeth, 24, ke atas Chong Wei dalam lima pertemuan mereka sejak Mei 2012. Kali terakhir mereka bertarung adalah di suku akhir Terbuka Kanada Jun tahun lepas.
Berikutan kekalahan itu, Malaysia tidak lagi mempunyai wakil dalam acara perseorangan lelaki, sebaliknya mengharapkan pasangan veteran, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong serta Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan cabaran negara dalam acara beregu lelaki.
Cabaran pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yee juga berakhir seawal pusingan pertama selepas tunduk 11-21, 18-21 kepada Lindaweni Fanetri dari Indonesia manakala beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tumpas 21-16, 17-21 di tangan gandingan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Kim Ha Na.
Malaysia tidak menghantar wakil dalam acara beregu wanita.
Topic Berkaitan
#all england
#Barclaycard Arena
#Birmingham
#Chong Wei kalah kepada B Sai Praneeth
#Lee Chong Wei tewas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan