awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Colombia hampiri peringkat kalah mati

Astro Arena
Astro Arena
19/06/2014
23:19 MYT
Colombia hampiri peringkat kalah mati
AFP PHOTO / EVARISTO SA
Colombia di landasan tepat untuk melepasi Kumpulan C apabila meraih kemenangan kedua dengan menundukkan Ivory Coast 2-1.
Anak buah Jose Pekerman membuktikan mereka lebih berbahaya berbanding pencabar dari benua Afrika itu yang meminggirkan Didier Drogba di bangku simpanan.
Pada separuh masa pertama tidak banyak aksi menarik dicipta kedua pasukan, kecuali gerakan di mana Teofilo Gutierrez melepaskan peluang untuk meletakkan skuad Los Cafeteros itu dihadapan.
Colombia
Colombia
EPA/SHAWN THEW
Pada minit ke-56, prancang Ivory Coast, Yaya Toure yang tenggelam di awal permainan cuba membuat hantaran ke dalam kotak penalti kepada Wilfred Bony namun aksi akrobatik penyerang itu gagal menyentuh bola sama sekali.
Tempat Bony kemudian digantikan Didier Drogba.
Tetapi kemasukan Drogba tidak menyekat Colombia untuk melancarkan serangan apabila cubaan pemain sayap Colombia, Juan Cuadrado mengenai tiang gol.
Bagaimanapun pada minit ke-64, kekecewaannya terubat apabila James Rodriquez menanduk kencang sepakan penjurunya untuk memecah kebuntuan perlawanan.
Colombia
Colombia
EPA/ROBERT GHEMENT
Ivory Coast hilang keyakinan dan Juan Quintero mengambil kesempatan kelalaian pertahanan lawan untuk gol kedua perlawanan.
Tetapi Gervinho pada m73 merapatkan jurang perlawanan dengan gerakan solo dari sebelah kiri.
Drogba kemudian terlepas satu peluang terbaiknya namun bola sedikit jauh di depannya dan penjaga gol, David Ospina lebih pantas meluru untuk mematahkan serangan itu.
Topic Berkaitan
#Brazil.Brasil
#Colombia
#Didier Drogba
#Ivory Coast
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan