awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cub Prix Malaysia Petronas bermula 20 Mac ini

Bernama
Bernama
11/03/2021
15:25 MYT
Cub Prix Malaysia Petronas bermula 20 Mac ini
Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan bermula seperti yang dijadualkan pada 20 Mac ini di Litar Sepang Selatan, menurut penganjur kejuaraan itu. - Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Musim 2021 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS akan bermula seperti yang dijadualkan pada 20 Mac ini di Litar Sepang Selatan, menurut penganjur kejuaraan itu.
Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd Ron Hogg, dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan pihak kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS serta Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) akan memastikan prosedur operasi standard (SOP) gelembung sukan berjalan lancar demi memastikan industri sukan itu terus berkembang.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat beberapa perubahan kecil dalam jadual perlumbaan musim ini yang menyaksikan pusingan kedua kejohanan dianjurkan di Litar Sepang Utara pada 3 dan 4 April depan.
Berikut jadual Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2021:
Pusingan 1: Sepang Selatan (20-21 Mac)
Pusingan 2: Sepang Utara (3-4 April)
Pusingan 3: Tangkak, Johor (22-23 Mei)
Pusingan 4: Litar Permotoran Terengganu (26-27 Jun)
Pusingan 5: Akan dimaklumkan (9-10 Julai)
Pusingan 6: Sepang Utara (7-8 Ogos)
Pusingan 7: Sepang Selatan (4-5 Sept)
Pusingan 8: Litar Permotoran Terengganu (9-10 Okt)
Pusingan 9 : Akan dimaklumkan (13-14 Nov)
Pusingan 10: Sepang Utara (18-19 Dis)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#SOP
#Sepang
#Malaysia
#Kejuaraan Cub Prix Malaysia
#Safe AIM Mutual
#Ron Hogg
#Persatuan Permotoran Malaysia
#sukan permotoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan