awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Djokovic juara Wimbledon, kembali duduki ranking teratas

Agensi
Agensi
07/07/2014
02:56 MYT
Djokovic juara Wimbledon, kembali duduki ranking teratas
Aksi final kali ini dikatakan antara pertarungan yang terhebat dalam sejarah Wimbledon
Novak Djokovic merangkul gelaran Grand Slam Wimbledon keduanya pada Ahad selepas menundukkan Roger Federer dalam pertarungan sengit yang mengambil masa hampir 4 jam.
Ini merupakan pertemuan kedua buat Djokovic dan Federer di pentas akhir Grand Slam.
Aksi final kali ini dikatakan antara pertarungan yang terhebat dalam sejarah Wimbledon.
Tewas pada set pertama 6-7, Djokovic bangkit di set kedua menguasai game ketiga menerusi pukulan backhandnya dan mematahkan servis Federer untuk menang 6-4.
Aksi penuh dramatik di teruskan pada set ketiga dengan kedua-dua pemain berhempas pulas memastikan mata milik mereka dan akhirnya Djokovic menguasai permainan 7-6.
Namun laluan pemain Serbia itu bukan mudah dengan Federer nyata mendambakan gelaran Wimbledon kelapannya apabila mempamerkan kebangkitan pada set keempat 7-5.
Djokovic yang masih bergelut dengan kecederaan, memaksa perlawanan dihentikan seketika di set kelima bagi menerima rawatan kaki kanannya.
Namun semua itu tidak mematahkan semangat Djokovic untuk terus berjuang dengan memberi tekanan buat Federer menerusi 3 break point untuk sekaligus menokhtahkan kemenangan 6-4.
Dengan kemenangan itu, Djokovic kembali merampas ranking pertama dunia daripada Rafael Nadal.
Topic Berkaitan
#Novak Djokovic
#Roger Federer
#tenis
#Wimbledon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan