awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dominique Da Sylva tak mahu dibayangi Kipre Tchetche

Bernama
Bernama
06/12/2019
01:46 MYT
Dominique Da Sylva tak mahu dibayangi Kipre Tchetche
Menurut Da Sylva, kehadirannya di persada bola sepak Terengganu bukan sebagai pengganti Tchetche, tetapi mencipta gaya tersendiri untuk memantapkan lagi jentera serangan skuad Penyu. - BERNAMA
Penyerang import baharu Terengganu FC (TFC), Dominique Da Sylva enggan dibayangi kehebatan Kipre Tchetche yang pernah menjadi tonggak utama pasukan itu.
Sebaliknya, pemain kelahiran Senegal berusia 30 tahun itu mahu fokus dan mencipta reputasi sendiri dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.
Menurut Da Sylva kehadirannya di persada bola sepak Terengganu bukan sebagai pengganti Tchetche, tetapi mencipta gaya tersendiri untuk memantapkan lagi jentera serangan skuad Penyu.
"Saya bukan datang untuk menggantikan seseorang. Saya hanya melaksanakan tugas saya dan kita lihat apa yang saya boleh lakukan untuk TFC.
"Saya telah menyaksikan banyak perlawanannya (Tchetche) sebelum ini dan beliau adalah pemain yang bagus. Tetapi saya bukan datang untuk melakukan sesuatu yang sama dengannya," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan pertama bersama TFC.
Sementara itu ketua jurulatih TFC, Mohd Nafuzi Zain berkata beliau hanya menanti ketibaan pemain import terakhir dari benua Afrika untuk melengkapkan pasukan.
Menurut beliau kehadiran pemain tersebut diharap dapat mengukuhkan kubu pertahanan skuad Penyu bagi menghadapi saingan Liga M yang pastinya lebih mencabar tahun hadapan.
"Pemain import terakhir dijangka tiba di Kuala Lumpur Isnin ini untuk latihan serta pramusim bersama TFC.
"Kita juga sedang menunggu kepulangan Lee Tuck dan Sanjar Shaakhmedov yang kini sedang bercuti di negara masing-masing," katanya yang menafikan pemain import terakhir ialah Fode Kufour Camara seperti yang digembar-gemburkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#cipta reputasi sendiri
#Dominique Da Sylva
#Kipre Tchetche
#liga m
#Mohd Nafuzi Zain
#pemain import
#Senegal
#skuad Penyu
#terengganu
#Terengganu FC
#TFC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan