awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dota 2 : Comeback Geek Fam menjadi, muncul juara MESL dan bawa pulang RM150,000

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
25/02/2018
14:53 MYT
Dota 2 : Comeback Geek Fam menjadi, muncul juara MESL dan bawa pulang RM150,000
Kejuaraan Geek Fam itu turut menyaksikan mereka membawa hadiah wang tunai sebanyak RM150,000. - Foto Astro AWANI / MARIAH AHMAD
Pasukan Dota 2 Geek Fam muncul juara Liga E-Sukan Malaysia (MESL) selepas mengalahkan pasukan Highground 3-1 dalam perlawanan final tadi.
Kejuaraan Geek Fam itu turut menyaksikan mereka membawa hadiah wang tunai sebanyak RM150,000.
Dalam final tersebut Geek Fam yang sebelum ini juara Liga Predator Asia Pasifik Minor, bangkit membawa kemenangan bergaya tiga pusingan berturut-turut selepas tewas pada pusingan pertama final tersebut.
Geek Fam terdiri daripada Andrei Ong (Skemberlu), Kee Chyuan Ng (ChYuan), Chan Chon Kien (Oli), AJ Casanada (xRag) dan Thiay Jun Wen (March).
MESL merupakan Liga Dota 2 terbesar di Malaysia yang dianjurkan Mineski Events Team (MET) berlangsung sejak September lalu.
MALAYSIA, inilah juara Liga E-Sukan Malaysia anda, #GEEKFAM! Tahniah #GEEKFAM! Selaku juara, #GEEKFAM turut membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000. @501Awani pic.twitter.com/crM8E94vUg
— Mariah (@A_marea) February 25, 2018
16 pasukan terbaik daripada pusingan kelayakan akan memasuki pusingan peringkat kumpulan liga selama tiga bulan.
Topic Berkaitan
#arena maya
#Geek Fam
#MESL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan