awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Edisi sulung Tawau Marathon tarik peserta dari 15 negara

Bernama
Bernama
09/08/2024
23:00 MYT
Edisi sulung Tawau Marathon tarik peserta dari 15 negara
Empat kategori dipertanding iaitu larian fun run 5km dan larian 10km, serta acara utama larian half marathon 21km dan larian full marathon 42km. - Gambar hiasan
TAWAU: Lebih 2,000 peserta dari 15 negara telah mengesahkan penyertaan dalam edisi sulung acara larian Tawau Marathon 2024 yang akan diadakan di Padang Bandaran Tawau sini pada 18 Ogos ini.
Pengerusi Kelab Pelari Tawau Dulmi Mular berkata empat kategori dipertandingkan iaitu larian fun run 5 kilometer dan larian 10 kilometer, serta acara utama larian half marathon 21 kilometer dan larian full marathon 42 kilometer.
Beliau berkata selain peserta dari Malaysia, peserta yang mengesahkan penyertaan termasuk dari Ethopia, Kenya, Korea Selatan, Belgium, China, Hong Kong, Taiwan, Amerika, Vietnam, Thailand, India, Singapura, Indonesia dan Brunei.
"Program anjuran Kelab Pelari Tawau ini bukan hanya untuk mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk, tetapi juga memperkenalkan Tawau untuk pelancongan sukan, selain menjana potensi sosioekonomi penduduk setempat," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Dulmi berharap orang ramai dapat memberi kerjasama berikutan beberapa jalan utama sekitar bandar Tawau akan ditutup sementara bagi memberi laluan acara larian yang bermula secara berperingkat antara 12 tengah malam hingga 6.30 pagi.
Beliau berkata pada 16 dan 17 Ogos pula akan diadakan Race Expo yang meliputi pameran serta jualan barangan sukan di Dewan Masyarakat Tawau
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tawau marathon
#peserta larian
#15 negara
#padang bandaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan