awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Indonesia naikkan harga tiket, caj bahan api pesawat
Kes Indira Gandhi: Mahkamah tetap 25 Jun untuk dengar perkembangan siasatan PDRM
Misi Artemis II masuk sfera graviti bulan, atasi rekod Apollo 13
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

El Pescao kutip dua mata berharga di Qatar

Hans Yusoff
Hans Yusoff
18/03/2018
21:14 MYT
El Pescao kutip dua mata berharga di Qatar
Grand Prix (GP) Qatar menyaksikan Hafizh memulakan perlumbaan pada petak ke-15 selepas mencatat masa sepusingan terpantas satu minit, 55.27 pada Sabtu. Astro AWANI
Perlumbaan MotoGP pertama pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah, di Litar Antarabangsa Losail pada Ahad berakhir dengan keputusan memberangsangkan apabila beliau berjaya mengutip dua mata berharga selepas menduduki tempat ke-14.
Hafizh, atau dikenali sebagai El Pescao, yang mewakili pasukan Monster Yamaha Tech 3 menamatkan saingan dengan catatan masa keseluruhan 42:55.953.
Pelumba kelahiran Ampang, Selangor itu dalam reaksinya berpuas hati dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk melakukan aksi lebih baik pada perlumbaan seterusnya.
"Terima kasih kepada semua peminat dan rakan media yang memberikan sokongan kepada saya.
"Saya akan terus berusaha memberikan persembahan yang lebih baik dan konsisten pada perlumbaan seterusnya."
Grand Prix (GP) Qatar menyaksikan Hafizh memulakan perlumbaan pada petak ke-15 selepas mencatat masa sepusingan terpantas satu minit, 55.27 pada Sabtu.
Terdahulu, Andrea Dovizioso dari pasukan Ducati menjuarai perlumbaan dengan catatan masa 42:34.654, diikuti Marc Marquez mewakili Repsol Honda (42:34.681) dan Valentino Rossi (42:35.451) di tempat ketiga.
Topic Berkaitan
#GPQatar
#Grand Prix
#Qatar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan