awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Arteta gembira dengan perkembangan Arsenal walau terluka terlepas gelaran

Astro Arena
Astro Arena
26/06/2023
04:10 MYT
EPL: Arteta gembira dengan perkembangan Arsenal walau terluka terlepas gelaran
Aksi Arteta selepas tamat perlawanan EPL antara Arsenal dan Wolverhampton Wanderers di Stadium Emirates, London, Britain, 28 Jun 2023. - Gambar fail REUTERS
PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta, berkata dia rasakan luka yang mendalam terlepas kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu tetapi gembira dengan perkembangan yang dilakukannya selepas mengambil alih kelab itu, yang sebelumnya kelihatan seperti 'tiada jiwa'.
The Gunners memimpin EPL selama 248 hari sepanjang musim lalu sebelum dipintas Manchester City bimbingan Pep Guardiola, yang kemudian memenangi gelaran 'treble' sambil Arsenal pula hampa tanpa sebarang kejuaraan.
Arteta mengakui masih terluka dengan kegagalan itu tetapi berasakan terdapat banyak perkara positif untuk diraikannya sepanjang musim lalu dan sejak mengambil alih pasukan itu.
Dalam satu temu bual bersama Marca, pengurus berbangsa Sepanyol berusia 41 tahun itu berkata: "Sehingga hari ini, ia masih melukai saya secara mendalam apabila tidak dapat memenangi EPL selepas 10 bulan bersaing dengan City.
"Tetapi inilah sukan. Saya boleh katakan apa yang dicapai oleh pasukan semuda ini amat berbaloi. Ia amat jelas buat saya," katanya.
Arteta, yang mengambil alih tugas di Stadium Emirates pada 2019, menambah: "Ia bermula lebih tiga tahun lalu. Saya merupakan penolong Pep di City, kami bermain menentang Arsenal dan saya dapat lihat kelab ini sudah kehilangan jiwa.
"Saya tidak gembira melihatnya, ia tidak sepatutnya seperti itu.
"Saya sedar terdapat pilihan untuk saya berada di bangku pasukan yang satu lagi dan saya tahu kelab ini amat besar dan anda perlu menghubungkan pasukan dengan penyokongnya. Ia amat sukar untuk dilakukan dan kini saya rasa gembira.
"Kami kini memiliki identiti yang amat jelas, terdapat penyatuan dan kami amat bertenaga.
"Itulah perkara terbesar. Secara keseluruhannya, mereka semua menuju ke arah yang sama," katanya.
Mikel Arteta: "En muchos momentos, sí me vi ganador de la Premier" @Juan_Castro_10 consigue la entrevista más buscada de toda la Premier League https://t.co/g0QnkzYvrz
— MARCA (@marca) June 25, 2023
Topic Berkaitan
#EPL
#Mikel Arteta
#Arsenal
#Manchester City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan