awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Chelsea dibenam Spurs, Man City catat kemenangan

Astro Arena
Astro Arena
02/01/2015
03:25 MYT
EPL: Chelsea dibenam Spurs, Man City catat kemenangan
Aksi cemerlang anak didik Mauricio Pochettino itu sedikit sebanyak mencalar maruah Chelsea yang sebelum ini merekodkan enam perlawanan tanpa kalah berturut-turut. EPA/KIERAN GALVIN
Saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris, EPL, malam tadi menyaksikan Tottenham Hotspur mempamerkan aksi bertaraf lima bintang ketika membelasah pendahulu liga, Chelsea 5-3 di White Hart Lane.
Aksi cemerlang anak didik Mauricio Pochettino itu sedikit sebanyak mencalar maruah Chelsea yang sebelum ini merekodkan enam perlawanan tanpa kalah berturut-turut.
Ini juga merupakan kali pertama Chelsea dibolosi lebih daripada empat gol di bawah bimbingan Jose Mourinho, walaupun Diego Costa terlebih dahulu membuka tirai jaringan buat pelawat pada minit ke 18.
Namun Spurs tidak menunggu lama buat menyamakan kedudukan pada minit ke 30 menerusi Harry Kane yang dibantu oleh Danny Rose.
Belum cukup dengan itu giliran Rose pula menambah kelebihan jaringan buat tuan rumah menuju waktu rehat, sebelum Andros Townsend turut menyempurnakan sepakan penalti yang diraih Kane untuk menjadikan keputusan 3-1.
Tersentak, Chelsea bingkas bangkit pada babak kedua, dengan Eden Hazard menggegar gawang lawan pada minit ke 61.
Kane ternyata wajar diangkat selaku perancang utama Spurs apabila turut membantu Nacer Chadli menyumbat masuk gol kelima Spurs.
Chelsea yang terdesak cuba bangkit mengejar menerusi jaringan lewat John Terry, namun semuanya sudah terlambat dengan keputusan akhir berpihak kepada Spurs 5 -3.
Lebih malang buat Chelsea apabila seteru utama mereka Manchester City berjaya mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Sunderland untuk sekaligus berkongsi mata dan hanya berbeza jaringan di puncak liga. .
Topic Berkaitan
#Chelsea
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester City
#Tottenham Hotspur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan